Dengan menganggap pentingnya nilai
menolong, membimbing dan membantu, Sek. Men. Sains Kubang Pasu mula ditubuhkan
pada tahun 2009. Pada ketika ini, unit
Bimbingan dan Kaunseling banyak memberikan bimbingan kepada pelajar sekolah
dalam bidang akademik dan kerjaya. Penumpuan dalam bidang kerjaya diberikan
kerana ianya merupakan suatu perkara yang penting kerana membantu pelajar
membuat keputusan yang penting dalam hidup mereka. Antara maklumat yang
diberikan kepada para pelajar dalam dunia kerjaya adalah mengenai jenis
kerjaya, skop kerjaya, tangga gaji, bidang yang diceburi selaras dengan
akademik, membuat kepututsan kerjaya, cara menghadapi temuduga dan sebagainya.
Oleh kerana memahami akan jiwa remaja
yang semakin menggelodak dan remaja sering berhadapan dengan masalah sosial,
maka unit Bimbingan dan Kaunseling meluaskan bidangnya yang bukan sahaja
memberikan nasihat dalam kerjaya malah berkaitan dengan permasalahan remaja itu
sendiri. Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar dalam menyelesaikan
masalah yang dialami agar remaja berkenaan dapat menjalani kehidupan yang baik.
Kaunselor pertama yang telah berkhidmat
di sekolah ini ialah Cik Nor Hazwani binti Mat Husin pada akhir tahun 2009.
Dengan kehadiran beliau, segala urusan perkhidmatan unit bimbingan dan
kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Kemudian kedatangan Cik Mashitoh binti Din dan
En. Rosmira bin Saad ke sekolah ini sangat membantu Unit Bimbingan dan
Kaunseling dalam perkembangan pelajar. Namun, setelah beberapa bulan kemudian,
Cik Mashitoh binti Din telah berpindah dan berkhidmat di Sekolah Menengah
Sultan Abdul Halim kini. Walau bagaimanapun, kehilangan beliau di Unit
Bimbingan dan Kaunseling kemudiaannya telah disambut baik dengan kedatangan Pn.
Jamaida binti Jamaludin.
Dengan kehadiran mereka, pelbagai
perubahan yang telah dibawa sehingga unit bimbingan dan Kaunseling ini sering
dikunjungi oleh pelajar sekaligus menguatkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah ini. Kemudian Unit
Bimbingan dan Kaunseling juga telah menerima seorang salah seorang Kaunselor Interim
iaitu Cik Siti Safinah Binti Jamalaldin pada Mac 2013. Namun demikian, setelah
tiga tahun lebih berkhidmat di sekolah ini, akhirnya En. Rosmira bin Saad
menamatkan perkhidmatan beliau di sekolah ini dan dilantik menjadi salah
seorang pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Jitra pada tanggal 16. April. 2013.
Kehilangan beliau amat dirasai oleh seisi warga sekolah.
0 comments:
Post a Comment