CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 14 May 2013

PAHIT MANIS KEHIDUPAN SEPANJANG PROGRAM



Program Jati Diri 2013
"Akhlak Mulia Teras Kejayaan"



SMS Kubang Pasu : 13 April 2013 -  Seramai 138 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 1 telah menyertai Kem Jati Diri 2013 selama 3 hari 2 malam di PJ Sentosa, Kuala Nerang. Program Jati Diri ini adalah anjuran unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah yang bermula pada 11 April 2013 dan berakhir pada 13 April 2013.  Pihak sekolah memberikan sokongan dan kerjasama  yang memberangsangkan dalam menjalankan program ini sebagai salah satu pemangkin penting ke arah pembentukan jati diri pelajar SMS Kubang Pasu. Pelbagai pendekatan yang digunakan ternyata mampu membuahkan hasil kejayaan dalam mencorakkan jati diri pelajar semasa berlangsungnya program ini. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini, ianya dapat melahirkan pelajar SMSKP berpersonaliti unggul, mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan memiliki sahsiah yang terpuji.

 





Gambar diatas menunjukan para pelajar sedang mengikuti aktiviti di dalam program ini, walaupun kelihatan mereka agak penat, tetapi mereka tetap berjaya mengharungi kesemua aktiviti yang dijalankan.  Diharapkan agar dengan adanya program ini, ianya dapat membekalkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran kepimpinan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar di sekolah.



Walaupun para pelajar tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga kerana menghadiri kem ini, diharapkan agar kem ini memberikan pengisian yang amat bermakna kepada mereka. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, para peserta dilihat sangat menepati masa dan saling bekerjasama antara satu samal lain. 







Antara aktiviti yang diselitkan didalam program ini ialah :
i.      Mind Setting
ii.     Muhasabah Diri: Jasa Bonda
iii.   Jungle Tracking
iv.    Senamanrobik
v.     Team building
vi.    Management Games
vii.   Simulasi Permainan
viii. Ceramah: Akhlak Mulia Teras Kejayaan
ix.   Ceramah: Perjalanan Jati Diri untuk menjadi Pelajar kelas Pertama
x.     Burung Hantu
xi.   Ceramah: Prediaktor Tingkahlaku Pelajar dalam Membina Jati Diri
xii.  Pelan Tindakan




                                                      
TUAI PADI ANTARA MASAK,
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN,
INTAI KAMI ANTARA MASAK,
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.