KETAHUI DIRI ANDA BERDASARKAN BULAN KELAHIRAN....
JANUARI
Bercita-cita
tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat
kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak
keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran
mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang,
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema,
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak,
suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial,
cukup cemburu yang sangat tinggi.
FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, bijak dan genius, berpesonaliti yang mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.
MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yang memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu “moody”.
APRIL
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, “try control the emotion”, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI
keras hati dan degil, kuat semangat serta bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri) suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggipermikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.
JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, mood idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar difahami, agak pendiam kecuali diransang. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sangat peka, “caring” dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajam suka menilai org lain dengan pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lamasuka mendiamkan diri suka duduk dirumah. mengambil berat dan rajin dalam membuat kerja.
OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan “caring” terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan dan silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk “relax”, sikap kelam kabut, romantik ,pengasih,penyayang suka mencari kawan.
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat,teliti serta teratur, suka menegur kesilapan org lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat “cool”, sangat baik dan mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah,setia & jujur, kerja yang dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui orang, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan dan melancong. Kurang menunjukan perasaan yang terluka dan perasaan itu sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik
OKTOBER
Suka sembang, suka org yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yg mudah terusik. Suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) suka melancong, sukakan bidang sastera dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.
NOVEMBER
Berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, sesuai untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati. Taksuka memarahi orang lain kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang “tough”, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan fikiran mudah berubah-ubah.
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok didampingi, Suka bercampur dengan orang lain, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah, Perangai yang berubah-ubah,Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi. Benci pada kongkongan, Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikir dengan logik.
0 comments:
Post a Comment