CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 8 May 2013

Sejarah Unit Bimbingan dan Kaunseling Sek. Men. Sains Kubang Pasu



Dengan menganggap pentingnya nilai menolong, membimbing dan membantu, Sek. Men. Sains Kubang Pasu mula ditubuhkan pada  tahun 2009. Pada ketika ini, unit Bimbingan dan Kaunseling banyak memberikan bimbingan kepada pelajar sekolah dalam bidang akademik dan kerjaya. Penumpuan dalam bidang kerjaya diberikan kerana ianya merupakan suatu perkara yang penting kerana membantu pelajar membuat keputusan yang penting dalam hidup mereka. Antara maklumat yang diberikan kepada para pelajar dalam dunia kerjaya adalah mengenai jenis kerjaya, skop kerjaya, tangga gaji, bidang yang diceburi selaras dengan akademik, membuat kepututsan kerjaya, cara menghadapi temuduga dan sebagainya.
Oleh kerana memahami akan jiwa remaja yang semakin menggelodak dan remaja sering berhadapan dengan masalah sosial, maka unit Bimbingan dan Kaunseling meluaskan bidangnya yang bukan sahaja memberikan nasihat dalam kerjaya malah berkaitan dengan permasalahan remaja itu sendiri. Tujuannya adalah untuk membantu para pelajar dalam menyelesaikan masalah yang dialami agar remaja berkenaan dapat menjalani kehidupan yang baik.
Kaunselor pertama yang telah berkhidmat di sekolah ini ialah Cik Nor Hazwani binti Mat Husin pada akhir tahun 2009. Dengan kehadiran beliau, segala urusan perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling dapat berjalan dengan lancar.   Kemudian kedatangan Cik Mashitoh binti Din dan En. Rosmira bin Saad ke sekolah ini sangat membantu Unit Bimbingan dan Kaunseling dalam perkembangan pelajar. Namun, setelah beberapa bulan kemudian, Cik Mashitoh binti Din telah berpindah dan berkhidmat di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim kini. Walau bagaimanapun, kehilangan beliau di Unit Bimbingan dan Kaunseling kemudiaannya telah disambut baik dengan kedatangan Pn. Jamaida binti Jamaludin. 
Dengan kehadiran mereka, pelbagai perubahan yang telah dibawa sehingga unit bimbingan dan Kaunseling ini sering dikunjungi oleh pelajar sekaligus menguatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah ini.  Kemudian Unit Bimbingan dan Kaunseling juga telah menerima seorang salah seorang Kaunselor Interim iaitu Cik Siti Safinah Binti Jamalaldin pada Mac 2013. Namun demikian, setelah tiga tahun lebih berkhidmat di sekolah ini, akhirnya En. Rosmira bin Saad menamatkan perkhidmatan beliau di sekolah ini dan dilantik menjadi salah seorang pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Jitra pada tanggal 16. April. 2013. Kehilangan beliau amat dirasai oleh seisi warga sekolah.

0 comments: