CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 17 June 2013

Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling SMSKP

DASAR KUALITI
Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling serta perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan (pelajar).


MATLAMAT
1.   Menyediakan perkhidmatan penyuburan dan pengayaan meliputi aspek perkembangan 
     diri pelajar. 2.   Menyediakan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada
     terbabit dalam salah laku atau tidak berdisiplin.
3.  Menyediakan perkhidmatan bersifat pemulihan bertujuan mengorientasi
     semula pelajar yang bermasalah. 
4.   Memberi khidmat kaunseling kepada pelajar untuk melatih diri ke arah
    perkembangan diri yang lebih sihat.


STRATEGI
1.   Mesyuarat Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Berkala2.    Melaksanakan program-program dalam bidang akademik
                        a. Pemilihan mata pelajaran
                        b. Kemahiran belajar
                        c. Kemahiran pengurusan diri
                        d. Kemahiran pengurusan masa
                        e. Strategi menghadapi peperiksaan
                        f. Penempatan ke alam pekerjaan
3.  Program-program dalam bidang Perkembangan Kerjaya 
4.  Program-program bidang pembinaan insan, psikososial dan kesihatan mental. 5.  Program-program bidang kepimpinan
                        a. Kesedaran potensi diri
                       b. Latihan kemahiran
6.  Pendidikan Pencegahan Dadah.
7.  Pendidikan Pencegahan HIV & AIDS
8 . Melaksanakan perkhidmatan bimbingan & kaunseling individu dan kelompok.

Perkongsian Pintar pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sek Men Sultanah Asma & Sek Men Sains Kubang Pasu

Pada 21-23. 06. 2013 yang lalu, seramai 30 orang pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma telah menyertai Program Perkongsian Pintar di Sekolah Menegah Sains Kubang Pasu. Program ini diadakan adalah untuk berkongsi cara pembelajaran dan kehidupan antara para pelajar di kedua-dua buah sekolah.Oleh kerana SMSKP telah melakar sejarah sebagai sekolah No. 1 dalam menempa kejayaan dalam SPM dan PMR, para pelajar SMKSA akan menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar SMSKP.

Dua guru pengiring dari Sekolah Menengah Sultanah Asma iaitu Pn. Amanah binti Abdul Aziz dan Pn. Latiffah binti Hassan.

Guru pengiring dari SMK Sultanah Asma bergambar bersama-sama pelajar.

Perbincangan antara kaunselor SMSKP dan SMKSA.



Para pelajar SMKSA diberi talimat oleh En. Rosmira bin Saad dan Pn. Jamaida Jamaludin.


MAJLIS PENUTUPAN

PK.HEM Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma telah dijemput untuk menyampaikan ucapan sempena majlis penutupan program Perkongsian Pintar. Manakala En. Abdul Talib bin Hj. Sulaiman selaku PK. HEM Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu pula merasmikan majlis penutupan program tersebut.


Cenderamata daripada pihak SMKSA diberikan kepada Encik Abdul Talib bin Hj Sulaiman tanda terima kasih kerana menyambut baik kedatangan mereka

Ucapan daripada wakil pelajar SMK Sultanah Asma mengenai pengalaman beliau berada di sekolah ini selama 3 hari.

En. Talib bin Hj Sulaiman menyampaikan cenderamata kepada Pn. Hjh Asiah binti Yaacob tanda penghargaan.



Majlis Hamparan Kasih dan Kenangan

Pada 07 Mei 2013, Kelab Guru SMK Kubang Pasu telah menganjurkan majlis perpisahan kepada guru yang akan bertukar iaitu En. Rosmira b. Saad, Pn. Husni bt. Din dan Pn. Sharifah bt Ahmad. Kami warga SMS Kubang Pasu sentiasa mendoakan semoga pertukaran ini dipenuhi dengan keberkatan oleh Allah S.W.T dan selamat berkhidmat di tempat yang baru.

 Pn. Hjh. Rafeah memberikan ucapan sempena majlis perpisahan guru-guru.

 Antara juadah yang telah disediakan seperti nasi tomato, makaroni, spageti, ketupat, kek dan kuih-muih.

 En. Rosmira menerima cenderamata daripada Kelab Guru yang disampaikan oleh Pen. Kanan SMSKP, Pn. Hjh. Rafeah binti Hashim.


 Barisan Kaunselor Sekolah. Dari kiri, yang diraikan, En. Rosmira bin Saad diikuti Cik Nor Hazwani binti Hussin dan Pn. Jamaida binti Jamaludin.

Pn. Jamaida, selaku wakil daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling menyampaiakn cenderahati kepada En. Rosmira bin Saad.



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi ...

Sunday 16 June 2013

Program Peningkatan Akademik " Value Added Programme"

Pada 16- 18. Mei 2013, seramai 138 orang pelajar tingkatan 3 telah menyertai program Peningkatan Akademik " Value Added Programme" di UUM, Sintok. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan sekumpulan pelajar yang menjiwai semangat pelajar cemerlang dengan meletakkan tugas belajar sebagai tugas utama.


 Gelagat para pelajar di dalam bas semasa bertolak ke UUM, Sintok

Antara objektif program ini adalah untuk menanamkan nilai pelajar sebenar dan memantapkan jati diri pelajar sentiasa berusaha memburu kecemerlangan di samping mendedahkan pelajar dan hala tuju sebenar pelajar ke arah masa depan yang bermakna. selain itu juga, program ini diharap dapat menanamkan rasa tanggungjawab sebagai pelajar supaya pelajar memanfaatkan masa dan potensi diri ke arah kecemerlangan.




Sesi pendaftaran dan sesi mengagihkan kunci bilik, cadar dan selimut.


 Kelihatan para pelajar segak dan bergaya menghadiri slot pertama.


Penceramah jemputan untuk slot yang pertama.

Untuk slot yang kedua, para pelajar menhadiri ceramah yang disampaikan oleh Dr. Syuaib bin Mustafa di Dewan Kuliah UUM. Di dalam slot ini, penceramah banyak menceritakan tentang kepayahan beliau dalam menempuhi kehidupan sehingga beliau berjaya memegang jawatannya sekarang.

menceritakan tentang pengalaman hidup beliau, beliau terpaksa berjalan sejauh 5km setiap pagi menuju ke sekolah bertemankan lampu minyak tanah. ketika di sekolah, Dr. Syuaib terpaksa makan bekalan yang dibawa (nasi berlaukkan garam) ke sekolah biarpun rakan-rakan yang lain dapat menikmati makanan yang mewah dan lazat di kantin.



 Pada akhir slot ini, Dr. Syuaib menasihati pelajar agar terus berusaha dan mengubah kehidupan yang susah agar senang di kemudian hari.

Slot Ketiga

Di dalam slot ini, pelbagai manfaat yang telah diperoleh oleh para pelajar. Antaranya ialah ianya dapat menginsafkan diri lantaran dapat melihat nasib orang lain yang kurang bernasib baik. Penceramah sentiasa menekankan agar untuk menjadi insan yang berjaya adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan berzikir dan doa. Mencintai Rasulullah S.A.W adalah cinta yang sejati , itu yang seringkali ditekankan oleh penceramah kerana jasa baginda adalah sangat besar dalam membentuk Islam.





SLOT KEEMPAT 

Di dalam slot ini, penceramah memulakan sesi dengan berkenalan terlebih dahulu dengan penceramah. Slot ini lebih memfokuskan tentang belajar dalam kumpulan. Sama ada belajar secara bersendirian mahupun berkumpulan, masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terpulang kepada para pelajar bagaimana untuk memilih cara belajar.



 Di dalam slot ini, para pelajar diberi peluang untuk menyuarakan pendapat masing-masing tentang cara dan kemahiran belajar. Perkongsian tips bersama penceramah banyak membantu pelajar agar mencapai tahap kualiti dalam pembelajaran. Penerangan selama 2 jam itu membuktikan bahawa usaha adalah perkara utama dalam mengecapi kejayaan dalam kehidupan.

SLOT KELIMA




Slot ini memfokuskan tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar agar pelajar memanfaatkan masa dan potensi diri ke arah kecemerlangan. Penceramah juga memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang hala tuju sebenar ke arah masa depan yang bermakna. Para pelajar harus ada semangat tidak mudah putus asa dan menghadapi segala yang berlaku dengan tabah dan redha. Kegagalan dalam sesuatu perkara tidak bermakna gagal unuk selama-lamanya.
"Our lives are books and each day is a page. We can’t erase what has already been written but we can always try to make the next page".

Majlis Penutupan Program Peningkatan Akademik "Value Added Programme"


Majlis penutupan program dirasmikan oleh Pn. Hjh. Rafeah binti Hashim pada jam 12.00 tengahari. Kelihatan para pelajar berasa berat hati untuk menamatkan program ini. Diharapkan agar melalui program ini, para pelajar dapat menjiwai semangat pelajar cemerlang dan sentiasa mengutamakan masa untuk aktiviti pembelajaran.

Berikut merupakan pantun yang telah disediakan oleh para pelajar semasa program ini berlangsung :

The dark sky turn blue,
Bird chirping, the flower blossom,
Most welcome we wish to you,
Wearing zest t-shirt, you look so handsome.

Waiting boat at the jetty,
Went to Langkawi is half a mile,
Puan Rafeah look so pretty,
Stunning eyes, making us smile.

Waiting to enter the toilet for a long queue,
Because my stomach cannot bear the pain,
A big thanks we wish to you, Zestians hope to see you again.

We are proud to be Zestians, 
Because our shirts weared by teachers,
with lot learning and motivations,
Insyaallah we pass with flying colours.

Walking together with Aunty Marry,
Together we fishing at the spectacular lake,
Taking in English is not worry,
Because English just a piece of cake.

-Created by :
ZESTIANS (Prefect 1315)
(Ajim, Mus, Nash, Pitya, Razwan, Mid, Shu, Nani, Mash, Pijah, Hanan & Una)

 

Tuesday 14 May 2013

PAHIT MANIS KEHIDUPAN SEPANJANG PROGRAM



Program Jati Diri 2013
"Akhlak Mulia Teras Kejayaan"



SMS Kubang Pasu : 13 April 2013 -  Seramai 138 orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 1 telah menyertai Kem Jati Diri 2013 selama 3 hari 2 malam di PJ Sentosa, Kuala Nerang. Program Jati Diri ini adalah anjuran unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah yang bermula pada 11 April 2013 dan berakhir pada 13 April 2013.  Pihak sekolah memberikan sokongan dan kerjasama  yang memberangsangkan dalam menjalankan program ini sebagai salah satu pemangkin penting ke arah pembentukan jati diri pelajar SMS Kubang Pasu. Pelbagai pendekatan yang digunakan ternyata mampu membuahkan hasil kejayaan dalam mencorakkan jati diri pelajar semasa berlangsungnya program ini. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini, ianya dapat melahirkan pelajar SMSKP berpersonaliti unggul, mempunyai ketahanan diri yang tinggi dan memiliki sahsiah yang terpuji.

 





Gambar diatas menunjukan para pelajar sedang mengikuti aktiviti di dalam program ini, walaupun kelihatan mereka agak penat, tetapi mereka tetap berjaya mengharungi kesemua aktiviti yang dijalankan.  Diharapkan agar dengan adanya program ini, ianya dapat membekalkan pengetahuan, pengalaman, kemahiran kepimpinan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang pelajar di sekolah.



Walaupun para pelajar tidak dapat pulang ke kampung untuk bersama keluarga kerana menghadiri kem ini, diharapkan agar kem ini memberikan pengisian yang amat bermakna kepada mereka. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, para peserta dilihat sangat menepati masa dan saling bekerjasama antara satu samal lain. 







Antara aktiviti yang diselitkan didalam program ini ialah :
i.      Mind Setting
ii.     Muhasabah Diri: Jasa Bonda
iii.   Jungle Tracking
iv.    Senamanrobik
v.     Team building
vi.    Management Games
vii.   Simulasi Permainan
viii. Ceramah: Akhlak Mulia Teras Kejayaan
ix.   Ceramah: Perjalanan Jati Diri untuk menjadi Pelajar kelas Pertama
x.     Burung Hantu
xi.   Ceramah: Prediaktor Tingkahlaku Pelajar dalam Membina Jati Diri
xii.  Pelan Tindakan




                                                      
TUAI PADI ANTARA MASAK,
ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN,
INTAI KAMI ANTARA MASAK,
ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN.